Saturday

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2006), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia/ 176

Sebanyak 18  rencana dalam “Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran”. Rencana yang terdapat dalam buku ini telah dihasilkan oleh para sarjanawan dan ahli akademik daripada pelbagai disiplin ilmu. Penerbitan ini juga memberi fokus utama dalam membudayakan penulisan ilmiah serta memenuhi budaya akademik dalam kalangan warga pendidik. Secara keseluruhannya, Penerbitan Aliran Terkini Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat Komunikasi membicarakan aspek yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara aspek yang dibincangkan adalah isu dan cabaran serta implikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran; membentangkan kaedah atau metodologi yang boleh diambil bagi mengaplikasikan penggunaan TMK, serta halangan dan cabaran dalam bilik darjah. Hasil penulisan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan terhadap dapatan-dapatan baru kajian-kajian ilmiah, seterusnya membudayakan penyebaran dan perkongsian maklumat dalam kalangan warga pendidik. Diharapkan hasil penulisan yang terkandung dalam buku ini dapat memberi sumbangan dalam memperkaya sumber ilmu dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada penggubal dasar, pelaksanaan atau pengamal yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. m/s:251

Isi kandungan

Prakata

  1. Teknologi Instruksional: Isu Dan Cabaran Di Malaysia
  2. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan
  3. Mendayagunakan Teknologi Pengajaran
  4. Integrasi ICT dan Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  5. Pengaplikasian dan Pengadaptasian Teori Perkembangan Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia Kreatif
  6. Strategi Metakognitif Dalam Pembelajaran Melalui Hiperteks/Hipermedia
  7. Prinsip-Prinsip Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Pendidikan Islam
  8. Murid-Murid Bermasalah Pendengaran dan Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran

  1. Penggunaan Perisian Kursus Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan: Realiti dan Cabaran
  2. Pusat Sumber Digital: Era Baru Perkongsian Maklumat Di Sekolah
  3. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (PMR) Berasaskan Web Pendidikan (Education Web Site/EWS)
  4. Integrasi Teknologi dalam Pendidikan Sains
  5. Pengajaran Berasaskan Web (Web Base Instruction): Teori dan Aplikasi Dalam Kesusasteraan Bahasa Inggeris
  6. Multimedia Pendidikan : Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan
  7. Integrasi Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fizik: Perspektif Konstruktivisme
  8. Pembelajaran Interaktif Berbantukan Komputer: Aplikasi Dalam Mata Pelajaran Matematik PMR
  9. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Pertanian
  10. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Matematik Tambahan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...