Tuesday

Noor Azam.(1980). Perspektif. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP): Kuala Lumpur /3

Perspektif? Cetakan pada 1980, 30 tahun lebih. Dalam usaha menyiapkan kertas kerja yang akan dibentangkan (April 2011) dan kebetulan tajuk kertas kerja ada kaitan dengan bahan yang diperlukan dalam buku ini. Buku ini adalah hadiah dari seorang kawan. Buku ini mengandungi tiga bahagian dan setiap bahagian ada puluhan artikel, m/s 303. Banyak fakta yang boleh dirujuk dalam buku ini. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian.Bahagian pertama (politik), bahagian kedua (sosial) dan bahagian ketiga (ekonomi).  Sekadar merujuk pada bahagian kedua (sosial). Noor Azam (penulis buku ini) memberi gambaran yang cukup jelas tentang gejala sosial muda mudi pada ketika itu (1969-79) dan apabila membaca secara (perspektif) anda akan dapat memahami secara jelas kenapa keruntuhan moral  sangat teruk dan menjadi-jadi pada zaman itu dan anda boleh relatekan (secara perspektif) kenapa gejala sosial makin teruk dan berleluasa pada zaman sekarang? Menjawab keraguan dan kebimbangan dan 1001 kerisauan tentang masalah gejala sosial  ini tidaklah semudah mengemukakan pertanyaan. Tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar perlu dipikul secara bersama namun dasarnya, pemimpinnya dan segala tindakan harus selari dengan konsep amar maaruf nahi mungkar. Betul? Bagaimana kalau pemimpin sesebuah negara tidak menjalankan kewajipan yang sepatutnya. Jawapannya gunakan perspektif anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...