Monday

Abdul Karim Ali & Raihanah Hj Azahari (penyunting) (2001) Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya /9

Ketika menghadapi peperiksaan, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah teknik dan cara menyediakan bahan untuk peperiksaan. Soalan peperiksaan yang dikemukakan boleh dikatakan susah dan perlu mengingati konsep, fakta dan kronologi bagi sesuatu masalah. Sudah pasti jalan penyelesaian ialah dengan menghafaz dan memahami dengan sebaik mungkin. Sekiranya jalan tangkap muat dan hanya mengharapkan assignment untuk cover bagi sesuatu subjek, rasanya susah nak dapat A dan perlu diingatkan  mendapat A bukanlah maqasid dalam peperiksaan, ia sekadar meransang minat dan kesungguhan untuk terus maju atau boleh juga dikatakan sebagai kepuasan apabila mendapat natijah yang baik. Bagi menghadapi persediaan bagi matapelajaran maqasid syariah, beberapa kawan sem lepas memberi cadangan buku ini. Buku ini mengandungi 23 artikel kertas kerja yang berkualiti dan memang menjadi panduan dalam memahami beberapa isu, namun artikel berkaitan berkenaan maqasid hanya terdapat satu artikel sahaja. Rasanya tidak membantu untuk menghadapi peperiksaan bagi subjek maqasid, agaknya mereka mencadangkan buku ini sekadar cadangan  secara umum bukan secara spesifik tentang subjek maqasid. Jalan penyelesaiannya, saya perlu merujuk kitab maqasid syariah yang lain dan kitab yang menjadi  pilihan ialah kitab maqasid al-syariah  Ibnu Zughaibah. Lengkap dari sejarah maqasid, pemikiran maqasid dan jalan mengetahui maqasid syariah. Namun buku ini saya gunakan untuk merujuk bagi subjek fiqh kontemporari. Secara keseluruhannya, buku ini sangat membantu dalam memahami beberapa konsep yang dimuatkan dalam buku ini,  Secara terperinci tentang buku ini, konsep (2 kertas kerja), metodologi ( 6 k.kerja). realiti semasa (3 k.kerja), permasalahan (4 k.kerja) dan penilain semula hukum:kajian kes (8 k.kerja). Apabila keputusan peperiksaan keluar, alhamdulillah maqasid al-syariah dapat A. Mendapat A bukanlah maqasid bagi subjek maqasid al-syariah dan buku maqasid al-syariah ibnu Zughaibah sangat-sangat membantu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...