Thursday

S.S Husain & S.A Ashraf.(1989) Maso’od Abdul Rashid.(terj) .Krisis Dalam Pendidikan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur/43

PENDIDIKAN ialah suatu proses yang melibatkan tiga rujukan: individu, masyarakat dan kesemua kandungan realiti, kebendaan dan juga kerohanian. Buku ini adalah sebahagian siri-siri yang diterbitkan oleh Universiti Malik Abdulaziz, kertas ini dari persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan pada 31 Mac hingga 8 April ,1977. Buku ini satu pengenalan kepada pengajian kaedah-kaedah itu dan bagaimana krisis dapat diselesaikan, kandungan dan juga metodologi pendidikan Islam dipinda dan diberi tenaga, dan suatu arah diberi tentang kaedah menyatukan sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden.

Isi Kandungan

  1. Pendidikan dan Kebudayaan dalam Dunia Islam: Pertentangan antara Tradisi dan Kemodenan
  2. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam.
  3. Krisis Konsep dalam Sains Sosial dan Sains Semula Jadi.
  4. Renungan Berdisiplin atau Renungan Jangak?
  5. Guru dan Pelajar.
  6. Masalah Bahasa.

Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch.(1992) Ahmad Jaffni Hassan et al.(terj) Kurikulum Dan Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka./42

SARJANA Islam mengakui bahawa betapa perlunya wajud sebuah kurikulum yang bersepadu, tetapi pendidikan tidak boleh dicapai dengan hanya menyusun semula kurikulum kecuali agen perubahannya iaitu para guru juga dilatih untuk melaksanakan sistem yang dipulihkan. Untuk menghalang perkara ini berlaku dan untuk mengekalkan identiti Islam, pakar-pakar sependapat mengatakan bahawa semua orang Islam mesti menerima suatu pendidikan yang berdasar teguh kepada ajaran Islam dan mempengaruhi semua cawangan ilmu pengetahuan, pengeluaran buku dan program latihan guru. Berikut adalah kerja kerja yang dimuatkan dalam buku ini.


BAHAGIAN 1: KURIKULUM

1. Konsep Kurikulum Pendidikan Islam
2. Kurikulum Pendidikan Islam
3. Pendidikan Islam : Satu Cara Ke Arah Sempurna Kendiri
4. Pendidikan Menurut Kurikulum Lama dan Kesannya Terhadap Zaman Moden
5. Pendidikan Islam Kanak-Kanak Islam di Barat dan Masalah Kurikulum dan Sukatan Pelajaran
6. Pendidikan Agama untuk Kanak-Kanak Islam di Great Britain: Garis Panduan dan Sukatan Pelajaran


BAHAGIAN 2: PENDIDIKAN GURU

7. Kurikulum Islam dan Guru
8. Menghasilkan Guru untuk Pendidikan Islam
9. Sistem untuk Melatih Guru-Guru Muslim
10. Pembinaan Semula Pendidikan Guru
11. Peranan Fakulti Pendidikan Islam Dalam Latihan Guru Kerajaan Arab Saudi : Satu Kajian Kes
12. Pembinaan Semula Kurikulum untuk Guru Islam

M. Wasiullah Khan (1989) Mohamad Nordin Zainuddin (terj.). Pendidikan dan Masyarakat Dalam Dunia Islam. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur/41

TIGA ratus lima belas orang cerdik pandai Islam berhimpun di kota suci Makkah dalam bulan April 1977 kerana mematuhi jemputan Universiti King Abdulaziz, Jeddah, untuk membincangkan ini dan mencadangkan cara penyelesaiannya. Kertas-kertas kerja dibentangkan di Persidangan Pertama Sedunia tentang Pendidikan Islam dan ini merupakan antara kertas kerja yang dibukukan.






  1. Pendidikan dan Masyarakat
  1. Pemodenan Masyarakat dan Pendidikan Islam: Perlunya satu Pendekatan yang Praktis
  1. Pendidikan dan Media Massa
  1. Pendidikan Dalam Masyarakat Islam
  1. Pendidikan dan Masyarakat di Arab Saudi
  1. Pemuda Islam di Britain: Keperluan Pendidikan dan Implikasi Dasar Mereka
  1. Pendidikan di England dan Wales Masalah yang dihadapi oleh Ibu bapa Orang Islam

Monograf Syariah (3) Mei 1995. Hukum Islam Semasa. Akademi Pengajian Islam.Universiti Malaya/40

ARTIKEL pertama dalam Monograf ini membincangkan tentang teori maqÉÎid al-syariah.‘AllÉl al-FÉsi memberi takrif maqÉÎid sebagai matlamat, tujuan dan rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syara’. Dan satu pengertian asas yang boleh difahami ialah Allah s.w.t menurunkan syariat-Nya dengan tujuan menjaga dan menjamin kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Sejarah kemunculan disiplin ilmu maqÉÎid syariah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Kemudian ia berkembang, sehinggalah datang Imam SyÉfi’i yang meletakkan asas dalam kitabnya al-RisÉlah. Diteruskan lagi oleh Imam Haramain dalam kitabnya al-BurhÉn Fi UÎËl al-Fiqh sehinggalah kemuncak disiplin ilmu maqÉÎid syariah dibentang secara sistematik oleh Imam al-SyÉÏibi. Imam al-SyÉÏibi berguru dengan Imam al-Maqqari, Ibn Qayyim dan Imam al-QarÉfi pula merupakan guru kepada al-Maqarri. Imam al-QarÉfi adalah anak murid kepada Imam Izz- al-Din Abd SalÉm.

Dan artikel terakhir berkaitan dengan pengumpulan data dalam penyelidikan amat menarik dibaca sebagai persediaan awal sebelum membuat penyelidikan. Antara yang perlu diberi perhatian ialah penyelidik mengetahui dengan jelas pembolehubah-pembolehubah. Pembolehubah banyak mempengaruhi bentuk kaedah pengumpulan data, jenis-jenis data yang diperlukan,kaedah sampling dan juga kaedah penganalisisan data. Misalnya kalau pembolehubah berbentuk pendapat, penilaian dan pengukuran, kaedah soal selidik adalah paling sesuai untuk mengumpul data, dan sekiranya berbentuk interaksi, sikap dan proses, kaedah yang sesuai ialah observasi dan kalau berbentuk maklumat yang khusus, maka kaedahnya ialah temubual atau temubual observasi. Ia boleh berlaku kepada semua jenis penyelidikan atau kajian seperti kajian kes, kajian sejarah, kajian tinjauan, perkembangan, perbandingan dan sebagainya.

Antara tajuk yang terdapat dalam Monograf Syariah adalah seperti berikut;

1. Teori Maqasid al-Syariah: Satu Pengenalan
2. Imam Ibn Hazm al-Zahiri: Pandangannya Mengenai Ijtihad bi al-Ra’yi
3. Keperluan Ilmu Usul al-Fiqh di Malaysia
4. Nuzul al-Quran
5. Pandangan Abu al-A’la al-Maududi Mengenai Bentuk Negara Islam
6. Keperluan Persetujuan Wali dan Perempuan dalam Perkahwinan Orang-Orang Islam di Malaysia
7. Warisan Dalam Penceraian Helah
8. Konsep Harta (Mal) menurut Teori Fiqh Islam: Satu Ulasan
9. Undang-Undang Pentadbiran Zakat di Malaysia
10. Pengeluaran mengikut Perspektif Ekonomi Islam
11. Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah
12. Konsep Tahkim dalam Perundangan Islam
13. A Note on Qadi and Justice with special reference to Farhat Ziadeh’s Presidential Lecture of MESA 1980
14. Al-Syahadah With Special reference to Syurut al-Syahid (Condition of Testimony): A Comparative Analysis with Testimony by Oral Evidence under the Evidence Act 1950 (Act 56)
15. Mendekati Amalan Masyarakat Tradisional Melayu di Malaysia
16. Proses Pemikiran dan Kegiatan dalam Pengumpulan Data dalam Penyelidikan.

Wednesday

Nik Azis Nik Pa et.al (2007) Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidikan Islam & Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam Hadhari: Yayasan Islam Hadhari: Putrajaya/39

SATU agenda penting Kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang cemerlang. Sistem tersebut bertumpu kepada usaha untuk melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi dan berakhlak mulia. Pemantapan akhlak pelajar perlu dan sentiasa diberi perhatian. Isu-isu kritikal dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab perlu ditangani dengan bijaksana. Cabaran yang dihadapi perlu ditangani agar penghasilan output menjadi lebih cemerlang. Sudah pasti , ia memerlukan anjakan paradigma dan perubahan cara berfikir.

Kandungan  buku ini merupakan sebahagian kertas kerja Seminar Serantau Islam Hadhari 2007. Antara kertas kerja adalah seperti berikut;

1. Konsepsi Tentang Cabaran dan Isu Kritikal dalam Pendidikan Islam
2. Pendidikan al-Quran dalam Pembinaan Generasi Hadhari
3. Pemanfaatan Pendidikan Sains dalam Memperkasakan Pendidikan Islam
4. Pemantapan Pendidikan al-Quran
5. Pembelajaran Pengaturan Kendiri dalam Bahasa Arab
6. Tinjauan Literature Tentang Pembinaan Jati Diri Bangsa Melayu Melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
7. Kepentingan Pendidikan Seksualiti dalam Pembangunan Insan Seimbang
8. Pemerkasaan Modal Insan Melalui Pengintegrasian Pendidikan Islam ke dalam Program Akademik Universiti
9. Pengaruh Graduan Universiti Azhar Terhadap Pembangunan Pendidikan Islam di Malaysia
10. Nilai Murni dalam Pendidikan Islam Berteraskan Pendekatan Islam Hadhari
11. Penilaian Kritius Terhadap Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Singapura
12. Analisis Kritikal Terhadap Pendidikan Etika dan Moral di Malaysia.

Tuesday

Prosiding Wacana Pendidikan Islam(Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia./38

TEMA wacana pada kali ini ialah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab pemangkin peradaban ummah. Sub-sub tema yang berkaitan dengan tema utama diperbincangkan oleh pihak yang terlibat dalam wacana ini. Kertas kerja yang diterbitkan ini, mudah –mudahan menjadi bacaan , panduan dan rujukan oleh mahasiswa dan guru dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan Islam dan pendidkan Bahasa Arab di Malaysia.

Buku siri ke -5 ini sudah banyak kali dipinjam oleh rakan-rakan untuk tujuan rujukan dan sebagainya. Ia sangat berguna dalam membuat rujukan dalam bidang Pendidikan Islam dan juga Bahasa Arab. Beberapa tajuk dalam prosiding ini boleh diketengahkan untuk tujuan kajian lanjutan.

Berikut adalah senarai tajuk yang dibentangkan dalam wacana pendidikan Islam bagi siri ke-5;

1. Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak Dan Pengajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian Di Kalangan Remaja DIi Sabak Bernam, Selangor

2. Antara Minat dan Sikap Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia.



3. Peranan Guru Pendidikan Islam Dari Literasi Komputer Ke Kompetensi Teknologi

4. Strategi Pengajaran Secara Individu Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam

5. Pengajaran Adab Akhlak Islamiah Dalam Membangunkan Modal Insan

6. Kesediaan Pelajaran Aliran Agama Terhadap Pengajian Ilmu Balaghah Arab Peringkat Awal: Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

7. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Ilmu Kewangan Islam

8. Kemasukan Elemen-Elemen Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Perbahasan Akidah Dalam Kitab Jawi Karangan Sheikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fatani

9. Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia Selepas Merdeka: Sorotan Terhadap Sumber-Sumber Berbentuk Buku

10. Kondisi yang Membantu Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

11. Penggunaan Bahasa Arab Komunikasi Di Luar Kelas: Sejauh Mana Masyarakat Bersedia?

12. Pola Komunikasi Nabi S.A.W Dalam Pembinaan Insan: Hadith Metofora

13. Pembentukan Sikap Toleransi Beragama Dan Hubungannya Dengan Kefahaman Islam: Kajian Di Kalangan Mahasiswa Melayu di IPTA

14. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Wuduk Rasullullah S.A.W Dan Para Sahabat: Satu Pemerhatian Kepada Guru-Guru Pendidikan Islam


15. Corak Interaksi Arab Dalam Beberapa Disiplin Ilmu Daripada Al-Quran
16. Mengukur Kebolehbacaan Bahan-Bahan Bacaan Bahasa Arab: Satu Keperluan Dalam Konteks Pendidikan

17. Pendidikan Akhlak: Konsep dan Peranannya Dalam Pembentukan Insan

18. Gaya Bersepadu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Dalam Bilik Darjah

19. Penggunaan Internet Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

20. Perancangan Strategik dan Taktikal Dalam Pendidikan Dari Perspektif Barat Dan Islam.

21. Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Kebangsaan (BAKSK)

22. Aplikasi Komputer Di Kalangan Pensyarah Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi

23. Principles Of Intructional Design For Islamic Educations As Value-Dominant Course In Public Universities Malaysia.

24. Malay Students’ Perception On English As The Medium Of Instruction For The Islamic Studies Course In A Private Higher Learning Institution.

25. Penilaian Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran Bilik Darjah: Satu Inovasi Pengajaran Tilawah al-Quran Berkesan.

26. Pengajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Di Sebuah Universiti

27. Peranan Bahasa Arab Bagi Meningkatkan Kefahaman Ummah Dalam Aspek Muamalat

28. Permasalahan Dalam Pembelajaran Bagi Pelajar Diploma Pengajian Islam(Bahasa Arab) Di KUIS dan Cara Mengatasinya.

29. Falsafah Pendidikan Dalam Islam: Perspektif Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Timur Tengah

30. Minat Berkomunikasi Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar: Kajian Di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam, Selangor

31. The Perception of The Islamic Education and Quranic Education Students on the Implementation of E-Learning in the Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia.

32. Pengajaran Bahasa Arab Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

33. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) Di Kalangan Pelajar Bahasa Arab: Kajian di KUSZA.

34. Pengaruh Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu: Kajian Berdasarkan Majmu’ah al-Ayat wa al-Hadith fi Fadail al-‘ilmi wa al-‘Ulama’ wa al-Muta’allimin wa al-Mustami’in.

35. Penggunaan Kata Pinjaman Dan Istilah Bahasa Arab Dalam Buku Teks Pendidikan Islam Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu.

36. Minat Kebolehan Membaca Al-Qur’an Di Kalangan Pelajar & Madrasah Di Sebuah Daerah Di Selangor.

37. Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Melalui Pendekatan Kosa Kata dan Bina Ayat.

38. Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes Di Kolej Bersekutu UiTM Lembah Klang.

39. Metakognisi Dan Pengajaran Berfikir Dalam Pendidikan Islam

40. Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru-Guru Pendidikan Islam Pemangkin Peradaban Ummah

41. Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran Penyebatian Kemahiran Berfikir Untuk Pendidikan Islam

42. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Implementasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

43. Menobatkan Paradigma Al-Qur’an Sebagai Realiti Pendekatan Bersepadu

44. Al-Musytarak Al-Lafziy: Satu Unsur Bahasa Dalam Usul al-Fiqh

45. Pendekatan Individu Dalam Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam

46. Pembangunan Software Dalam Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Akidah

47. Persepsi Pensyarah Terhadap Tahap Penggunaan Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Pengkhususan Bahasa Arab Di IPTA Tempatan: Satu Kajian Kes

48. Perkembangan Dan Kepentingan Pengajian Halaqah Kepada Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Serta Implementasinya di Kolej Universiti Islam Malaysia(KUIM)

49. Cabaran dan Halangan Penguasaan Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar

50. Strategi Pembelajaran Kemahiran Lisan Yang Berkesan Di Dalam Kelas Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua: Satu Cadangan

51. Program j-QAF Ke Arah Memperkasakan Dan Memartabatkan Pendidikan Islam di Malaysia

52. Envoronmental Concepts Inventory Based on Islamic Education For Malaysia Primary Schools Students

53. The Importance Of Word Learnability For ASL Learners (Arabic)

54. Pengalaman Memilih Laman Sesawang Sebagai Teknik Pengajaran

55. Kekeliruan Antara Ifadah dan Ma’at (Arabic)

56. Perkembangan Silibus Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus(Arabic)

57. Nahwa Tahbib al-Lughah Al-Arabiyyah: Satu Teori Motivasi dan Kaedah Mempelajarinya. (Arabic)

58. Cara Pengajaran Al-Balaghah Yang Berkesan Di Pusat-Pusat Pengajian Di Malaysia.(Arabic)


Monograf Syariah. Bil 4, (Mei 1996) Konsep Harta Dalam Islam. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya./37

TEORI maqÉsid al-syariah menekankan jaminan kebaikan di dunia dan di akhirat yang merupakan agenda utama penciptaan manusia. Perbahasan-perbahasan tentang maqÉsid al-syariah masih menjurus ke arah UsËl –Fiqh. Hubungan antara maqÉsid syariah dan usËl figh amat jelas sekali. Namun, untuk memahami maqÉsid syariah memerlukan satu penelitian yang mendalam dan apa yang penting bagaimana hendak mengetahui cara-cara untuk mengenali maqÉsid al-syariah. Artikel dalam jurnal , monograf atau pun prosiding sangat membantu dalam memahami satu-satu isu berbanding menelaah beberapa buah buku. Ini kerana, artikel dalam jurnal memberi kupasan mendalam dalam satu –satu isu. Keadaan sedemikian memberi fokus dalam proses untuk memahami dan meneliti isu perbincangan, sebaliknya buku memberi secara meluas dengan berbagai kerangka dan strukturnya. Monograf  ini terpaksa ditexturekan ataas sebab-sebab tertentu.

Antara tajuk dalam monograf ini ialah:

  1. MaqÉsid Syariah Dalam Pengurusan Harta
  2. Keadilan Pengagihan Pendapatan dan Kekayaan daripada Perspektif Ekonomi Islam
  3. Credit In Islamic Law
  4. Perjanjian-Perjanjian yang Menyalahi Undang-Undang: Perbandingan di antara Undang-Undang Islam dengan Akta Kontrak Malaysia dan Undang-Undang Inggeris.
  5. Elemen Sumbangan Dalam Amalan Pembahagian Harta Sepencarian di Malaysia
  6. Nakfah: Hak anak dan Kewajipan Bapa
  7. UsËl-Fiqh Sebagai Metod Penyelidikan dalam Pengajian Syariah
  8. The Discernment of Maslahah in Islamic Legal Theory
  9. Fleksibiliti(MurËnah) di dalam Perundangan Islam
  10. Pengajian Syariah: Hubungannya dengan Adat Resam serta Keadaan Tempatan

Ali Yusuf Ali.(1989).alih bahasa oleh Datin Sohair Abdel Moneim Sery .Silsilah Ulama Hadith.Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur/36

BUKU ini sudah berkulat, kertasnya kembang kerana tumpahan air agaknya atau terkena hujan. Rata-rata kertas sudah kekuningan, namun isi kandungannya masih boleh dibaca. Adat dapat buku percuma, biasanya dapat yang tak cantik di pandang, tapi tidak bagi biblioholis. Itulah yang dialami oleh para pencinta buku. Dunia buku sebenarnya mempunyai dinamikanya sendiri dan sekiranya kulit sudah tiada, pun masih boleh dibaiki dan dijilid kemas. m/s 128.

Buku ini memberi maklumat tentang Imam –Imam Hadis iaitu Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud, An-Nasai dan Ibni Majah. Sumbangan Alim Ulama dalam bidang hadis perlu diketahui oleh anak muda remaja sebagai ikon dalam menuntut ilmu pengetahuan. Namun  hari ini anak muda lebih terarah ke arah dunia hiburan yang tidak berkesudahan. Salah siapa?

Dr. Abdul Mun’im Abdul Hamid.(1983). Hakikat Imam Menurut Al-Quran dan Hadis. Pustaka National PTE LTD: Singapura/35

SUATU ketika dulu,  begitu asyik membaca buku karangan Dr Yusof QardhÉwi yang bertajuk ImÉn Wa HayÉh. Dan sekarang masih membelek buku tersebut ketika ada masa lapang. Buku Iman dan Kehidupan inilah yang menjadi turning point saya membeli buku-buku Dr Yusuf Qhardawi yang lain. Buku ImÉn Wa HayÉh sudah diterjemahkan. Dan apabila berkunjung ke kedai buku untuk mencari buku yang diperlukan, saya terpandang buku Dr Abdul Mun’in ini, Hakikat Iman Menurut Al-Quran dan Hadis, terfikir dalam benak, bagaimana huraiannya dan teringin cuba untuk membuat perbandingan dengan  buku Iman dan Kehidupan. Beli.

Buku Hakikat Iman ini membicarakan tentang berbagai-bagai aspek Iman dan keimanan manusia sejak zaman berzaman dari masa sebelum syariat Islam dikenal manusia sehingga ke masa ini. Pengarang buku ini membawa kita meninjau ke zaman peradaban-peradaban tua yang pernah dikenali di negeri-negeri seperti Mesir, India, China, Jepun, Parsi dan Babilon. Kemudian ke zaman Anbiya’ sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Pengarang mendedahkan gambaran-gambaran dan ragam manusia tentang Iman dan Keimanan. Banyak perkara baru yang akan dapat dilihat dalam kajiannya yang sungguh menarik dan sudah pasti ia merupakan satu maklumat yang berguna. Pasti. Dan apa yang penting sekali ialah, bagaimana Iman kita pada hari ini? Persoalan ini dijawab dalam buku Iman dan Kehidupan Dr Yusuf Qhardhawi dan bagi memahami dan menelusuri dari perspektif sejarah, Hakikat Iman adalah jawapannya.

Monday

Prosiding Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak ke-2 (National Conference On Child Law 2). 2010, Anjuran UNISZA dan Institut Sosial Malaysia,2-3 Oktober 2010./34

SUSAH benar nak cari Institut Sosial Malaysia (ISM), bagi sesiapa yang tidak pernah pergi memang susah nak cari walaupun Pakcik Google sudah memberi panduan dan membantu dengan jayanya. Puas mencari akhirnya sampai, sedikit terlewat juga, namun majlis belum lagi berjalan sepenuhnya. Masih ada lagi peserta dan pembentang yang belum sampai. Memang berbeza sangat masa orang Melayu dengan masa orang Saleh, Ketika berada di Leeds.UK, kawan ada memberitahu, kalau bas bertolak pada pukul 11.00 , maka akan bertolak pukul 11.00 tepat. Sekiranya anda lewat 5 minit sahaja, jawapannya beli tiket baru. Itu masa orang sana. Masa untuk orang sini, tiket bas kul 11.00 tepat, tapi bas bertolak pukul 11.35. Sangat berbeza. Agaknya pembudayaan tepati masa belum lagi menyerap dalam diri orang Melayu.

Berikut ialah tajuk-tajuk yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak ke-2

1. Penderaan Dan Pengabaian Kanak-Kanak Mengikut Konteks Perundangan Malaysia
2. Pengaplikasian Model Ta Dalam Proses Komunikasi Kanak-Kanak Bermasalah
3. Pengetahuan Kanak-Kanak Seawal Usia Baligh Tentang Ilmu Fardhu Ain: Kajian Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz
4. Penggunaan Laman Sesawang Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysia Dan Risiko Jenayah Intipan Siber
5. Penggunaan Motosikal Ke Sekolah: Dilema Antara Tuntutan Kemudahan Dengan Keselamatan Pelajar Di Jalan Raya
6. Penyelewengan Pemegang Amanah Terhadap Harta Kanak-Kanak
7. Perintah Sebatan Dengan Rotan Ringan Terhadap Pesalah Kanak-Kanak Di Malaysia: Satu Penilaian Menurut Perspektif Syariah
8. Punca Gejala Buang Bayi Dan Penyelesaiannya
9. Rights Of The Child And Orphan Under Thai Child Protection Act, 2003: Prospects And Challenges
10. Section 97(2) Of The Child Act 2001 Was Unconstitutional?
11. Tahap Pengetahuan Kanak-Kanak Mengenai Kejadian Penderaan
Dan Pengabaian Kanak-Kanak: Pendidikan Sebagai Mekanisme Pencegahan
12. The 1980 Hague Convention On The Civil Aspects Of International Child Abduction: Sama Ada Ia Suatu Keperluan Bagi Malaysia
Untuk Turut Serta?
13. The Role Of Community Outreach Programme In Re-Integrating Juveniles Into Society
14. Wanita Generasi Sandwich Di Malaysia Dan Hubungannya Dengan Pengabaian Anak-Anak
15. Amalan Dan Penghayatan Solat Fardhu Dalam Kalangan Remaja Di Kuala Terengganu
16. Bayi Pramatang: Perjuangan Untuk Hidup
17. “A Favor Filli” Ensuring The Best Interest Of Children In Division Of Matrimonial Property; Special Reference To Family Businesses
18. Child Rights To Medical Treatment With Special Reference To Nigerian Children
19. Children & Internet: Beware Of The Threats From Within
20. Effects Of Labour On Child Education In Nigeria
21. Etika Pemburuhan Kanak-Kanak Menurut Syara’
22. Evidence By Child In Criminal Proceedings In Malaysian Courts: A Study On Post Ratification Of Convention Of Rights Of Child
23. “For The Best Interest Of A Child”: Protecting Children’s Rights From
Islamic Perspectives And Its Implementation Under Child Related
Policies And Laws In Malaysia
24. Hadanah Sebagai Hak Dan Perlindungan Kanak-Kanak Islam Di Malaysia
25. Hak Asasi Kanak-Kanak Dan Isu Pendidikan
26. Implementasi Hak Kanak-Kanak (CRC) Di Rumah Kanak-Kanak: Dapatan Kajian Rintis
27. Jabatan Guaman Dan Bantuan Kanak-Kanak
28. Kehilangan Kanak-Kanak Dan Kaitannya Dengan Kegiatan Pemujaan Dalam Ilmu Sihir: Satu Tinjauan
29. Kesedaran Kanak-Kanak Di Malaysia Terhadap Keselamatan Diri
30. Konsep ‘Penjaga Berkeupayaan’ Sebagai Mekanisme Pencegahan Dalam Kes Penderaan Dan Pengabaian Kanak-Kanak
31. Mediation In Custody Disputes: Challenges And Prospects In Malaysia
32. Non-Muslim Children And Family Law Statutes In Malaysia: An Examination Of Selected Legal Issues
33. Pemelarian Anak: Suatu Gurauan Jenayah Keibubapaan

Jurnal Syariah (Januari 1999) Jilid 7, Bil 1, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM)/32

UMUM sedia maklum, di antara sumber pendapatan sesebuah negara ialah hasil daripada kutipan cukai ke atas barang-barang, harta atau perkhidmaan tertentu. Tanah merupakan harta yang dikenakan cukai oleh kebanyakan, malah seluruh negara di dunia ini. Salah satu artikel dalam jurnal syariah ini membincangkan Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam. Perlu diketahui, kategori tanah  menurut syariah. Para ulama telah membahagikan tanah dalam negara Islam kepada beberapa kategori seperti berikut:
  1. Tanah Kharaj
  2. Tanah ushri

Huraian lanjut berkenaan pembahagian tanah dan pembahagian bagi setiap tanah ushri dinyatakan dalam artikel ini; Manakala artikel lain yang terdapat dalam jurnal ini adalah seperti berikut:

  1. Implications and Consequences of Illegitimate Child (Walad al-Zina) in Islamic Law: A Classical View
  2. Batas-Batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa
  3. Sejarah Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Pulau Pinang
  4. Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam
  5. Muslim Marital Regulations: A Revisit in the Light of Existing Practices Among Some Muslim Communities in Ghana
  6. Hudud Kelantan dan Pengislahannya
  7. Perlembagaan: Isu Pelaksanaan Undang-Undang Islam
  8. Nilai-Nilai Semasa dan Setempat Dalam Penentuan Hukum: Satu Perbincangan Awal
  9. Laporan-Laporan Kes

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.(Julai ,2007) Jilid 17 Bil.01. Institut Aminuddin Baki (IAB). Kementerian Pelajaran Malaysia./31

KEWIBAWAAN  kepimpinan guru pendidikan Islam adalah sangat penting untuk melaksanakan usaha mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Setiap guru pendidikan Islam  perlu memiliki ciri dan sifat-sifat keluhuran dan ketrampilan diri untuk dijadikan contoh kepada pelajar dan juga masyarakat. Artikel yang menjadi pilihan dalam jurnal ini ialah Penilaian Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian dapat membantu para guru untuk meningkatkan sahsiah diri dan membuat penambahbaikan dari segala aspek dan keadaan. Terdapat lima artikel dalam jurnal ini, antaranya:


  1. Kerangka Komprehensif Untuk Penambahbaikan Sekolah Berkesan: Satu Kajian Eksploratori
  2. Kesediaan Memperkasa Pendidikan Pembangunan Lestari Oleh Pengurus Pendidikan Sekolah: Satu Kajian Kes
  3. Penilaian Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam
  4. Perkhidmatan Pempakejan Maklumat (PPMP), Inovasi Pelaksanaan Perkhidmatan Perpustakaan Khusus Dalam Konteks Pengurusan Pengetahuan
  5. Theachers’ Thought Processes in Teaching Literature: Good Leadership And Administration in Teaching

Jurnal Syariah (Jul-Dis 2006) Jilid 14, Bil 2, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM)/30

ADA beberapa artikel yang menarik untuk dibaca, antara yang menarik ialah artikel yang bertajuk al-Maslahah . Maslahah merupakan salah satu sumber perundangan dalam Islam. Perbincangan mengenai maslahah banyak dirujuk kepada penulisan al-Syatibi ( 789H/1388M) dalam al-MuwÉfaqÉt. Walaubagaimanapun huraian secara sistematik, ilmiah telah pun dilakukan oleh Imam al-Ghazali (505H/1111M). Boleh dikatakan, al-Ghazali adalah tokoh perintis yang mengutarakan konsep ini secara terperinci. Huraian terperinci, bolehlah merujuk kepada jurnal syariah ini. Selain itu, ImÉm al-Izz Abd SalÉm juga membincangkan konsep maslahah dan mafsadah.

Sembilan artikel dimuatkan dalam jurnal ini, antaranya:

  1. The Position of  Islamic in The Four Southern Border Provinces of Thailand
  2. Methodology of Hukm Deduction for Islamic Finance Between the Practices Adopted in Malaysian and Middle Eastern Financial System
  3. Analisis Perakaunan Zakat di Malaysia
  4. Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam
  5. Pengambilan Tanah Secara Paksa di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960: Gangguan Kepada Pelaksanaan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
  6. Religiosity and Moral Judgement: An Empirical Investigation Among Malay Muslims in Malaysia
  7. Al-Maslahah (Public Interest) With Special Reference to al-Imam al-Ghazali
  8. Kedudukan Wanita Dalam Pembahagian Pusaka
  9. Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran di Luar Negara: Satu Kajian di Mahkamah Rendah Syariah Muar

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.(Julai ,2008) Jilid 18 Bil.02. Institut Aminuddin Baki (IAB). Kementerian Pelajaran Malaysia./29

Apa itu NPQH? seorang rakan bertanya ketika minum petang. Saya memberitahu NPQH adalah akronim dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan selalu ditulis dalam Bahasa Melayu. Anda boleh lihat tajuk artikel ketiga di bawah~italic~. Sungguh menarik? Sebab itu ramai kawan-kawan keliru dan percakapan kami berlarutan ke isu bahasa pula. Saya  memberitahu, pernah saya mengutarakan isu bahasa di akhbar beberapa tahun lepas dan sehingga kini masih ada pejuang-pejuang bahasa sentiasa memberi teguran di dada akhbar arus perdana. Entah di mana silapnya? Kalau anda tahu di mana silapnya, cepat-cepat UBAH demi kebaikan bersama.

Berbalik kepada jurnal ini, 6 artikel dimuatkan dan m/s 130, berikut senarai tajuk dalam jurnal ini:

  1. Proses Perubahan Terancang: Pandangan Pentadbir Terhadap Implementasi
  2. Kajian Faktor-Faktor Keberkesanan Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Daripada Persepsi Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Mengengah Daerah Hulu Langat, Selangor
  3. Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH): Cadangan Penambahbaikan.
  4. Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Penyertaaan Pelajar Sekolah Menengah
  5. Pentadbir Sebagai Pemimpin Teknologi: Satu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah di Negeri Sembilan
  6. Pengurusan Sekolah Selamat: Satu tinjauan Ke Atas Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Haji Hasan Idris.(1982)(susunan) Bercakap Arab Mekah. Terbitan Darul Naim Sdn Bhd : Kelantan/29

PADA awalnya buku ini telah diedarkan sebagai panduan bagi para jemaah haji khususnya bagi jemaah haji dari Kelantan. Yang menariknya, buku ini memberi panduan dan juga cara sebutan perkataan mengikut lahjah arab ammi (pasar ) Mekah. Dan perkataan-perkataan harian yang selalu digunakan juga diberikan. Pendek kata, buku ini memberi panduan cara bercakap ammi lahjah Mekah beserta panduan dalam ejaan rumi. Lahjah ammi Mekah berbeza sama sekali dengan cakap pasar Mesir, Jazair dan lain lain lagi. Terdapat perkataan ammi mekah yang belum pernah didengar tetapi selalu digunakan oleh orang Arab Mekah. m/s 70.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.(Disember ,2009) Jilid 19 Bil.02. Institut Aminuddin Baki (IAB). Kementerian Pelajaran Malaysia./28

MEMBINA negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Untuk menghadapi era globalisasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah plan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi tempoh 2006 hingga 2010. Ini artikel pertama dalam jurnal ini yang berkongsi pengalaman berkenaan tajuk  negara bangsa. Yang menariknya, masih terdapat yang bertanya tentang apa itu negara banga, sebaiknya artikel dapat menghuraikan dengan baik sekali.





Antara tajuk lain yang dibincangkan ialah;

  1. Membina Negara Bangsa Satu Perkongsian Pengalaman
  2. Gaya Kepimpinan Terhadap Prestasi Kerja Pensyarah: Aliran Sains dan Aliran Sastera
  3. Integrasi Teknologi Dalam Institusi pendidikan: Panduan Kepada Tadbir
  4. Konflik di Sekolah: Pendekatan Berhemah Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah
  5. Pembelajaran Pasukan dan Kepimpinan Pengetua Dalam Mewujudkan Organisasi Pembelajaran.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.(Disember ,2006) Jilid 16 Bil.02. Institut Aminuddin Baki (IAB). Kementerian Pelajaran Malaysia./27

ISU berkaitan dengan pengurusan sering ditimbulkan dalam usaha memperkasakan kepimpinan pendidikan. Jurnal dari IAB ini banyak memaparkan deskriptif yang sangat membantu bagi pelajar dan penyelidik untuk menjalankan kajian seterusnya. Terdapat empat artikel dalam jurnal ini.


  1. Pelaksanaan Sekolah Wawasan: Memenuhi Keperluan Kepelbagaian Pelajar dan Perpaduan Kaum
  2. Pengurusan Stres Kerja Guru Melalui Keberkesanan Kaunseling Kelompok
  3. The Issues and Theories of Educational Strategic Leadership
  4. Management of Assessment for Physical Education in Malaysian Schools

Sunday

Dr Hassan Langgulung (1981) Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Penerbitan Pustaka Antara : Kuala Lumpur/26

MAKALAH-makalah dalam buku ini adalah dari kertas kerja yang dibincangkan di berbagai seminar dan symposium. Dalam buku ini juga dimuatkan beberapa  makalah dari penulis lain yang terkemuka walaupun takhasus berbeza tetapi masih dalam skop perbincangan “Pendidikan Islam”.  Oleh kerana itu, buku ini diberi tajuk Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. m/s 252. Setelah meneliti kandungan buku ini, ia sangat menarik kerana terdapat banyak rujukan yang membolehkan kita mencari sumber asal. Banyak juga diterangkan dengan sejarah dan menyoroti tentang ahli falsafah Islam. Sebaiknya ia perlu dibaca pada waktu yang tenang agar dapat menghayati dan memahami konsep, falsafah dan intipati perbincangan dalam buku ini.  Antara topik utama yang dibincangkan ialah:

  1. Pendahuluan
  2. Konsep kebebasan dalam Islam
  3. Psikologi dan Pendidikan Islam
  4. Pendidikan Islam dan Kesihatan Mental
  5. Pengajaran Agama Islam di Sekolah-Sekolah Menengah
  6. Punca-Punca Pendidikan Islam
  7. Penutup dan Kesimpulan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...